tips percuma

just SHARE >>  bagaimana membuat name card bermutu. 


name card atau business card adalah paling penting untuk seseorang atau business. kenapa? name card adalah salah satu cara business anda berkomunikasi dengan bakal pelanggan, juga sebagai penganti anda dan melambangkan keperibadian anda. emm..nampak jek remeh kan.. tp mempunyai impak yang besar. maka dengan itu, pembuatan dan pemilihan card adalah penting! jangan ambik ringan jek.. pahammmm kannn...

name card bermutu adalah sekeping card yang baik dari segi penampilannya..masej yang jelas..grafik yang ringan dan menarik..yang penting ceria dan melambangkan perniagaan anda. ia akan membuatkan bakal pelangan anda akan rasa suka untuk menyimpannya dan akan dirujuk sekiranya diperlukan.



just SHARE >>  buat stiker sendiri

Pernah tak anda nak buat stiker tuk product anda? tapi cuma nak buat skit jek. sedangkan kedai-kedai printing tak layan kalau kite nak print sikit-sikit ni. kalau de pun charge mahal..

Hari ni sy nak share ngan member semue.. blei?.. mula-mula sy buat product Acar Buah Tok.. buat cuma 10 botol jek.. nak jual togel..tak menarik la plak..pergi kedai printing, semua nak banyak..paling kurang pun dieorg nak 500 keping A4.. mak ai! botol acar tu dahla kecik jek..last sekali sy terpikir tuk buat sendiri.. sekadar pemikiran kreatif..

caranya:

Print artwork guna printer biasa menggunakan kertas stiker biasa..saiz A4..kos sekeping cuma RM2..
kemudian gunakan spray clear, sembur skit-skit secara layang. biarkan kering dan sembur lagi.. agak-agak dah kalis air..ok lah tu.. jangan tebal sangat, elak menjadi keras. potong ikut suka anda setelah benar-benar kering.

print ke stiker biasa
spray clear.
hasilnya..not bad!
 lepak-lepak promote // ACAR BUAH TOK// Resipi turun temurun. gerenti sedap! harga sebotol RM6.50. call :0197111580


No comments:

Post a Comment